Monday, 2 May 2011

Geng Cilik Pintar


Tajuk : Geng Cilik Pintar
Muka surat : 172 muka surat
Penulis : Subroto Hj. Katimin
Razif - Nakal, cergas dan pintar. Berangan-angan ingin menjadi superhero
Melayu, suka menolong dan menjadi ketua dalam apa jua situasi.

Aisyah - Cantik, cerdas dan sungguh tinggi budi bahasanya. Tenang dan sering
tidak sependapat dengan Razif dan kawan-kawan namun sentiasa
menghormati kawan.

Hung Nung - Rajin, setiakawan dan kelakar.

Nathan - Setiakawan dan kelakar.

Zarina - Cantik yang kecoh dan kelakar. Berani.

Richard - Setiakawan dan kelakar.

Apabila mereka bersatu pelbagai misi berjaya diselesaikan, dengan itu
wujudlah GENG CILIK PINTAR.

Abang, Adik dan Ayam


Tajuk : Abang, Adik dan Ayam
Muka surat : 230 muka surat
Penulis : Ezee Rahmani

Fitri dan Balqis menguruskan Si Comel dan
kawan-kawannya? Mereka mengusahakan projek
ayam kampung dan pelbagai cabaran terpaksa
mereka tempuhi. Mampukah Balqis menahan
nafas dalam reban ayam dan bagaimana pula
nasib Si Comel?

Sunday, 1 May 2011

Along Hilang


Tajuk : Along Hilang
Muka surat : 250 muka surat
Penulis : Kusyi Hirdan

Mengapa Along tidak datang lagi?
Mengapa Along tiada di rumah? Rumah kosong!
Mengapa kereta polis datang sekolah?
Mana Along? Mengapa Along tidak datang berlatih?

Along tiba-tiba tidak datang ke sekolah. Perkara ini
menghairankan Muaz dan Haikal. Gurunya mereka juga
seperti merahsiakan sesutu. Cikgu Ismailzen, guru
Matematik dan juga jurulatih pasukan bola sekolah juga
tidak mahu memberi komen. Apakah yang berlaku kepada
Along? Adakah dia melarikan diri dari rumah atau diculik
orang? Adakah Along akan dijumpai nanti? Apakah
kesudahan cerita Along? Ketahui misteri kehilangan Along.

Budak Ladang


Tajuk : Budak Ladang
Muka surat : 234 muka surat
Penulis : Salleh De Ran

"Okey, sedia!" Malek memberi arahan kepada Swee
Teen dan Sundram.

Belum sempat Swee Ten membuka mulut,
tiba-tiba terdengar bunyi dua das tembakan
datang dari rumah Ong. Malek terkejut dan
tergamam. Kamera yang ada pada tangan Malek
masih merakam, Swee Teen dan Sundram menoleh
ke rumah mereka. Malek segera meninjau apa
yang berlaku dan apa yang didengarnya.

"Macam bunyi tembakan!" Malek cuba
mengesahkan bunyi yang didengarnya. Swee Teen
dan Sundram mula gelisah. Mereka berpandangan.
Mampukah budak ladang ini berhadapan dengan
cabaran?

Budak Span



Tajuk : Budak Span dan Kem Chimera
Muka surat : 230 muka surat
Penulis : Ida Munira Abu Bakar

Bakti seorang budak yang berpenyakit.
Tetapi penyakit itu bukanlah penyakit berbahaya.
Badannya mampu menyerap air degan banyak dan
seterusnya menghembuskan air itu.

Satu hari, Bakti dan kawan-kawannya mendaftarkan diri
ke satu kem bina diri. Kem yang asalnya menarik berubah
menjadi pelik. Peserta kem hilang berperingkat-peringkat.
Bakti cuba menyiasat keadaan itu. Apa yang ditemui
adalah sekumpulan makhluk asing yang menyamar
menjadi manusia mengambil kesempatan ke atas
kanak-kanak yang berada di kem itu.

Apakah misi makhluk asing itu?
Mampukah Bakti si Budak Span menyiasat dan seterusnya
menyelesaikan masalah itu?


Tajuk : Budak Span Dan Kasut Saraf
Muka surat : 216 muka surat
Penulis : Ida Munira Abu Bakar

"Sponge Bob!"
"Sponge Bib!"
"Sponge Bub!"

Kasihan Bakti. Dia selalu diejek oleh kawan-kawannya
kerana penyakitnya. Badan Bakti akan mengembang
apabila terendam lama di dalam air.
Suatu hari, Bakti terjumpa sepasang kasut.
Bakti sangat sayangkan kasut itu.

Apa keistimewaan kasut itu? Bagaimana kasut itu
dapat merawat penyakit Bakti?

Cikgu Paling Gempak


Tajuk : Cikgu Paling Gempak
Muka surat : 266 muka surat
Penulis : Ainin Naufal

 Senarai nama pelajar 2 Biru :

Melah Melia
Mirza
Rayyan
Naznin
Dan Lain-lain Lagi

Arif, ditugaskan mengajar di kelas 2
Biru yang haru biru sementara
menunggu keputusan STPM.
Tiada seorang guru yang sanggup
mengajar dikelas itu.

Mampukah Arif menjadi guru di kelas
yang tidak pernah aman itu?

TIM BEST



Tajuk : Eksperimen Pertama
Muka surat : 202 muka surat
Penulis : Umi Danial

BEST ialah 
Buat Eksperimen Sains dan Teknologi

"Kami ialah
tim yang melakukan
pelbagai eksperimen
Sains dan Teknologi
Pasti BEST!



Tajuk : Eksplorasi Flora & Fauna
Muka surat : 248 muka surat
Penulis : Umi Danial

BEST ialah 
Buat Eksperimen Sains dan Teknologi

Kali ini TIM BEST
mengikuti kem sains dan
teknologi yang 
menyeronokkan.
Mari ikuti penjelajahan
mereka ke dalam hutan
sambil melakukan
eksperimen best!

Futsal


Tajuk : Futsal
Muka surat : 133 muka surat
Penulis : Muhd Alif Redzuan

"Semua main dan skor gol?
Ramai pemain lain membuat
aksi-aksi hebat di atas turf
futsal. Kita bagaimana?
Boleh menang ke?

Iskandar nekad ingin
menubuhkan pasukan
baru bagi pertandingan
futsal peringkat
sekolah. Irfan pula
mengatur perbagai
komplot bagi
menggagalkan
rancangan Iskandar.

Antara pasukan
pelapis dan pasukan
handalan, siapakah
yang bakal
bergelar juara?

Wednesday, 27 April 2011

Gila-gila PSP


Tajuk : Gila-gila PSP
Muka surat : 248 muka surat
Penulis : Maslina Ngadiman
 
Fendy mahu beli PSP tetapi
wang tabungnya tidak cukup.
Tidak mengapa, dia sanggup
bekerja sebagai pengasuh sambilan.

Pengasuh sambilan?
Hai, menjaga adik sendiri pun
malas, bolehkah menjaga
anak orang lain?
Sangkanya menjaga adik orang
lain lebih mudah.

Semua cabaran dan kesusahan
ditempuhi dengan sabar dan penuh
semangat waja demi sebuah PSP!

Jejak Kuasa Alam


Tajuk : Jejak Kuasa Alam
Muka surat : 209 muka surat
Penulis : Hani Ismail
 
SUZAIMI - Meramal masa depan melalui mimpi dan memulihkan
kecederaannya sendiri.                          

AZURIN - Mengapung diri dan menghasilkan puting beliung.        

IZKANDAR - Mengapung diri dan membaca minda seseorang    
        dengan hanya menyentuh barang-barang
             kepunyaan mereka.                                    

            ASYRAN - Mengapung diri, menghilangkan diri dan membaca                 
gelombang minda.                                   

Mereka sedang bercuti apabila digembarkan dengan berita buruk.
Mawar diculik! Misi kali ini.... menyelamatkan Mawar dan Dr. Mayang
di Gunung Ophir. Mampukah mereka berdepan dengan Anakardia
Hedera? Siapa pula Sam Okar yang mampu berkomunikasi dengan
alam melalui minda? Mampukah Agen Gemilang melalui cabaran
kali ini?

Kaki Bola

 Tajuk : Kaki Bola
Muka surat : 240 muka surat
Penulis : Nuriazam Ismail
                 Nurismaliza Ismail

"Jadi awak cuma bercakap melalui pengamatan sajalah?"
Riz tersenyum sinis.

"Pernah ketika di sekolah rendah dahulu
saya memasuki pemilihan seperti ini tapi
tidak berjaya. Mungkin saya tiada bakat.
Ramai yang menggelar saya kaki bangku
dan orang selalu ketawakan saya."

Riz bertanyakan Danish berkenaan diarinya.

"Boleh saya tengok catatan awak dalam
diari merah awak tu?"

"Jangan salah faham. Diari ini bukan seperti
diari budak perempuan tipikal yang lain.
Catatan dalam diari ini cukup mahal. Ia
seakan masterpiece Leonardo da Vinci. Saya
tidak akan membenarkan sesiapa pun
menyentuh diari ini apatah lagi
membacanya,"

Danish melonjakkan badan dan memusingkan kedua-dua
kakinya ke udara. Ke arah bola yang bakal menjunam.
Sebelum orang lain dapat menyentuhnya. Dia mahu menjadi
orang yang pertama menyentuhnya. Menggenggam bara
biar jadi abu. Itulah peribahasa yang pernah diajar gurunya.
Dia tidak mahu digelar kaki bangku lagi!

Kapten Baru


Tajuk : Kapten Baru
Muka surat : 222 muka surat
Penulis : Kusyi Hirdan

Pasukan bola sepak Sekolah Seri Budiman sibuk dengan
persiapan ke Kelantan.

Namun, kapten baru dilantik menggantikan kapten lama.
Mengapa kapten berubah?

Adakah ini suatu strategi Cikgu Ismailzen atau ada
sesuatu terjadi kepada kapten lama.
Siapa pula kapten baru itu?

Kisah Aifan

 Tajuk : Kisah Aifan
Muka surat : 300 muka surat
Penulis : Ikmal Shah

"Di mana pucuk paku yang awak hendak cari?" tanya Aifan.
Peluh pada dahinya dikesat dengan hujung bajunya. 
"Awak baru tanam pucuk paku itu agaknya," sindir Aifan lagi.

"Jangan asyik berleter. Awak kenal ataupun tidak yang mana satu pucuk paku?"
Buntal sengaja menguji Aifan.

Aifan terdiam. Pucuk paku? Selama ini dia hanya mendengar namanya.
`Bagaimana bentuk tumbuhan ini agaknya?' Aifan bertanya dengan dirinya sendiri.

"Hah! Tidak tahulah nampak gayanya itu." Buntal tersenyum.

"Siapa cakap?"

"Sayalah cakap. Awak tidak dengar tadi?" tempelak Buntal.
"Sekiranya awak hendak tahu, inilah pucuk paku."
Buntal memetik daun pucuk geti lalu diberikan kepada Aifan.
Sengaja mahu mengenakannya. "Cubalah rasa."

Aifan memerhatikan daun yang berada di tangannya.
Dia pantas memasukkan daun itu ke dalam mulut.
`Ptuih! Cis, `badak sumbu' ini mengenakan aku lagi.
Memang dasar Buntal!

Buntal ketawa. "Itu bukan pucuk pakulah. Itu namanya pucuk geti."

Misteri Luqman

 Tajuk : Misteri Luqman
Muka surat : 157 muka surat
Penulis : Syarafuddin Sulaiman
Izwan Wahab
     Zamri Mohamad

Siapa Luqman? Omar dan Sidek merasakan Luqman bukan
sekadar manusia biasa. Jadi mereka menggunakan pelbagai
helah untuk membuktikan tanggapan mereka.
Antara helah-helah yang digunakan....

  1. Mengunci Luqman di dalam stor lama.
  2. Menggunakan anjing liar untuk mencederakan Luqman.
  3. Menyuruh Luqman meneka masa dengan tepat.

Pengembaraan Suzaimi

 Tajuk : Pengembaraan SUZAIMI
Muka surat : 227 muka surat
Penulis : Hani Ismail

SUZAIMI - Meramal masa depan melalui mimpi dan memulihkan
kecederaannya sendiri.                          

AZURIN - Mengapung diri dan menghasilkan puting beliung.        

IZKANDAR - Mengapung diri dan membaca minda seseorang    
        dengan hanya menyentuh barang-barang
      kepunyaan mereka.                            

MAWAR - Menghasilkan busur berapi.                                       

            ASYRAN - Mengapung diri, menghilangkan diri dan membaca                 
gelombang minda.                                   

Mereka tersisih daripada masyarakat dan diburu Agen Hades
yang mahu menguasai bumi. Di Akademi Gemilang mereka bertemu.
Keanehan menjadi satu kebolehan. Bagaimana dengan masa depan mereka?
Mampukah mereka melindungi bumi.

Rahsia Firdaus


Tajuk : Rahsia Firdaus
Muka surat : 179 muka surat
Penulis : Aliff Firdaus Azis

Ucapan perhimpunan cikgu didiplin SMK Telok Gong
terganggu oleh seorang pelajar yang cuba membuka pintu pagar
sekolah. Ucapan Cikgu Mohan terhenti. Semua pelajar dan
kakitangan sekolah mengalih perhatian kepada pelajar itu....

Pelajar itu berbadan gempal. Peluh membasahi seluruh badannya.
Keyakinan diri langung tiada di situ.... dia kelihatan begitu asing di situ.

"Siapakah dia?"

"Saya tidak pernah nampak dia."

Pelajar itu dipanggil ke hadapan perhimpunan. Ramai yang tidak
mengenali pelajar misteri itu, namun dia tahu seseorang yang menyebabkan
dia kelihatan begitu. Apabila berkali-kali ditanya namanya, dia menjawab,
"Nama saya, Firdaus...."

Ucapan seterusnya memberi kejutan pada hadirin di situ. Apakah
yang menyebabkan mereka terkejut dengan ucapan pelajar lelaki itu?
Mengapa pelajar itu datang ke sekolah SMK Telok Gong?

Monday, 25 April 2011

Sayur Lipat Berinti


Tajuk : Sayur Lipat Berinti
Muka surat : 221 muka surat
Penulis : Nik Faridah

Cuti sekolah memang menyeronokkan.
Terutama kepada Munib dan Aizad.

Mereka berdua menghabiskan masa di kampung Aizad.
Munib berasa teruja mahu mengikut Aizad ke kampungnya.

Di kampung, Munib memahami maksud sawah dan bendang,
lembu dan kerbau, lopak hitam dan jerlus dan terutamanya
apa yang datuk Aizad makan?

"Sayur lipat berinti? Apa itu, Tok Wan?" tanya Aizad mahu tahu.

Sekolah Bakat


Tajuk : Sekolah Bakat
Muka surat : 152 muka surat
Penulis : Ahmad Naim Jaafar
Ashadi Zain

Semua orang ada bakat.
Tetapi tidak semua orang tahu
menggunakan bakat mereka.

Ikuti kisah lima sekawan ini
mengenali BAKAT
mereka.

Taman Botani Harapan


Tajuk : Taman Botani Harapan
Muka surat : 165 muka surat
Penulis : A. Razak Adam

Azlan dan neneknya mengusahakan tapak semaian.
Bermula dengan anak pokok buah-buahan hingga anak pokok
bunga. Tanah lapang yang kosong bertukar menjadi taman yang
indah. Sungguhpun ada pesaing namun itu bukanlah cabaran yang
besar. Malahan Azlan menjadikan pesaingnya sebagai rakan
perniagaan untuk bertukar-tukar fikiran dan bekalan anak benih.